Khamis, September 02, 2010

Laporan Ujian Standard Pelepasan Fasa 2 2010

Alhamdulillah...siap jugak laporan USP Fasa 2 ni walau dalam masa yang singkat. Hanya 2 daripada 9 murid PeT1 yang melepasi wajaran. Itupun seorang daripadanya murid khas (masalah menulis aka disleksia ringan). Maknanya, kalau dikembalikan ke kelas biasa dia takkan belajar sebab cikgu nak kena sentiasa duduk di sebelahnya, baru dia nak buat kerja. Bila masuk pemulihan dia buatlah, sebab murid hanya 2 orang. Bila diberi pandangan kepada emaknya, supaya membawa anaknya ke sekolah yang sepatutnya, dia kata anaknya tak teruk...boleh belajar di sekolah biasa lg..walau doktor dah sahkan.

Murid-murid lain yang tak lulus tu pulak, ada dua punca masalah utama iaitu:

  1. Terikut-ikut dengan dialek dan gaya percakapan seharian apabila mengeja perkataan atau menulis ayat. 
    • Contohnya, kita suruh eja "tulang"...ditulisnya "turang". Sebab dia tak boleh sebut 'l'. Hanya boleh sebut 'r'. Sudah latih tubi dengar dan sebut...sekejap je ingat pasti lupa lagi.
    • Kedua, kita kata eja "tembikai'..diejanya "tempikai". Sebabnya sebutan "b" tu sama dengan "p". Kesimpulannya sama cam murid di atas.
    • Lagi satu, kita cakap eja " kambing". Ditulisnya "gambing". Kenapa?...sebab cara dia sebut perkataan tu adalah "gambing"-tak jelas bunyi 'K'nya..itu yang dieja macam tu.
    • Pastu, bila tulis ayat pula -terbalik macam bahasa percakapan seharian. contoh. "capati makan Kumar' atau 'motorsikal ini abang punya"...terbalik habis..
  1. TERLAMPAU kerap tak hadir
    • ini masalah biasa untuk murid pemulihan. Walau ada yang tak pernah miss datang sekolah tetapi adalah beberapa kerat yang susah nak tengok mukanya. Dengan macam-macam alasan, tak datang sekolah, tak dapatlah nak belajar. Dah tu semua benda yang dah belajar hilang. Bila buat ujian semua dah terlupa.Macam mana nak buat ni.

Rabu, September 01, 2010

Ujian Standard Pelepasan Fasa 2 2010

Hari ini saya menerima soalan ujian ini dari ppdmanjung. Laporannya perlu dihantar selewat-lewatnya esok (3.9.2010). Pada sebelah pagi, ujian ini dijalankan untuk murid tahun 3. Manakala tahun 2 akan menjalani ujian ini pada pukul 1.05 nanti ( kena minta kebenaran gurunya ) kerana mereka tiada masa bersama saya hari ini.

Berbalik kepada murid tahun 3, seorang murid telah melepasi ujian ini. Namun, dilemanya ialah dia bermasalah untuk menulis (lambat, terbalik) dan disahkan sebagai 'disleksia ringan'. Dia tiada masalah membaca-sangat lancar. Boleh menjawab soalan pemahaman-secara lisan. Boleh juga secara bertulis tetapi dia akan mengambil masa yang lama untuk menulisnya. Kekadang saya buntu, apakah teknik terbaik yang perlu saya gunakan untuk mengajarnya- kerana dia tidak lagi perlu diajar membaca tetapi MENULIS. Amat memeningkan kepala.

Jadual Waktu Baru

Sebagai sambungan kepada posting saya berkenaan perubahan jadual waktu selepas perlaksanaan linus untuk murid tegar, jadi jadual terbaru saya adalah seperti berikut :
Jadual Waktu Terbaru
Daripada jadual ini, P&P murid linus tegar adalah 5 kali seminggu iaitu 3 kali untuk BM dan 2 kali untuk MT. Saya amat berharap dapat membantu murid ini sekurang-kurangnya menguasai konstruk 2- walaupun ini sudah bulan september dan cabarannya adalah 4 orang murid belum menguasai abjad, saya berharap semua ini dapat diatasi menjelang oktober atau november. Ada harapan rasanya walau dalam masa lebih kurang 2 bulan lebih kerana seorang murid menunjukkan peningkatan yang agak memberangsangkan - mula menguasai Konstruk 2- sukukata terbuka. Harapnya ini akan menjadi motivasi untuk rakan-rakannya yang lain.

Bagi murid tahun 2, masa MT mereka berkurangan tetapi sehingga kini mereka telahpun menguasai sehingga tajuk 'Multiplication' atau 'Darab'. Manakala BM pula mereka telahpun mempelajari sehingga konsonan bergabung tetapi masih perlukan pengulangan supaya tidak terlupa terutamanya yang melibatkan sukukata KVK.

Bagi murid-murid lain, harapan saya sama juga...dapat membantu mereka sehabis daya saya. Kesemua mereka ini mempunyai masalah dan kelemahan tersendiri...yang memerlukan satu langkah yang betul untuk menanganinya..Semuga semuanya berjalan seperti diharapkan.

Jumaat, Ogos 27, 2010

Perubahan Jadual Waktu Linus

Merujuk kepada surat berkenaan pelaksanaan pemulihan untuk linus tegar, peruntukan waktu mengajar GPK selepas ini adalah minimum 990 minit dan tidak melebihi 1020. Justeru, setelah perbincangan dilakukan bersama beberapa rakan GPK kami sepakat memasukkan 1 jam untuk Literasi dan 1 jam lagi untuk Numerasi...namun memandangkan ada ruang masa maka saya memasukkan 1 setengah jam masa untuk literasi (LBM).

Pemulihan LINUS telah bermula

Semenjak terlaksananya program LINUS awal tahun ini, akhirnya murid-murid linus tegar secara rasminya memulakan sesi pembelajaran di kelas pemulihan khas. Murid linus tegar adalah murid yang tidak menguasai 2 dari 12 konstruk literasi . Jumlah murid linus tegar BM dan MT ni adalah 6 orang tetapi memandangkan saya sebenarnya telahpun bersama murid ini selama lebih kurang 3 minggu sebelum ini maka saya dapati 2 orang dari mereka ini telah pun menguasai konstruk1- iaitu boleh membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan. Tetapi 4 orang lagi masih lagi tidak menguasai abjad.

Konstruk Literasi
 Memandangkan murid-murid mempunyai tahap kebolehan yang berbeza, saya menggunakan pendekatan mengajar mengikut kumpulan-Kumpulan 1 ( 2 murid yang telah menguasai K1 )manakala Kumpulan 2 ( 4 murid yang belum menguasai K1).

Konstruk Numerasi
Bagi numerasi pula, boleh dikatakan semua murid telah menguasai K1 dari 12 konstruk berikut, tetapi mereka bermasalah untuk mengenal nama nombor dalam perkataan kerana K1 literasi belum lagi dikuasai.

Selasa, Ogos 17, 2010

Slot 3 : P&P Literasi

  • Instrumen literasi :
    • Membaca - ujian berterusan
    • Menulis - Ujian saringan
  • Bengkel : 
    • Rancang P&P berbentuk didik hibur ( belajar melalui kaedah nyanyian, lakonan,permainan bahasa, ICT dan bahan menarik)
  • Pembentangan Bengkel :
  1. Kumpulan 9 - Padankan Kad Perkataan - Kad Gambar. 
  2. Kumpulan 1 - Mencari Pasangan
  3. Kumpulan 8 - Lagu Diftong
  4. Kumpulan 2 - 'Tap Perkataan'
  5. Kumpulan 7 - Susun Huruf
  6. Kumpulan 3 - Permainan'Win-win'
  7. Kumpulan 6 - Saya tahu, saya kenal
  8. Kumpulan 4 - Super Dart Man
  9. Kumpulan 9 - Apa yang penting, kerjasama!

Slot 2 : Pengurusan Literasi

Pengurusan Tingkahlaku Murid LINUS

  • Kajian tingkahlaku saintifik dan analitik untuk menghasilkan perubahan tingkahlaku sosial seseorang.
  • Objektif:
    • sediakan suasana p&p selamat
    • kurangkan gangguan
    • hormati murid lain
    • p&p berkesan
    • meningkatkan masa berinteraksi berkaitan akademik
  • Prinsip :
    • Dipelajari
    • boleh diajar
    • boleh diubah
    • objektif jelas
  • Langkah :
    • Pilih tingkahlaku perlu diurus
    • buat pemerhatian dan rekod kekerapan
    • tentukan tingkahlaku sasaran
    • jalankan program tingkahlaku
    • buat penilaian berterusan
  • Teknik mengurangkan tingkahlaku
    • Peneguhan negatif
    • 'time-out'
    • kurangkan ganjaran
    • tarik balik ganjaran
    • 'kejemuan berterusan'
  • Etika tingkahlaku:
    • tidak bertujuan menghukum
    • Jangan malukan murid
    • jangan buat murid sedih
  • Peranan Ibubapa dalam tingkahlaku
    • libatkan semasa membina program
    • rujukan guru
    • perjumpaan dan perbincangan
    • pantau perlaksanaan
    • latihan kepada ibu bapa