Rabu, November 10, 2010

Ujian Standard Pelepasan Pet 1 Fasa 3 2010

AKhirnya yang ditunggu dah tiba. USP 3 hendaklah dijalankan secara serentak pada 8 - 12. 11.2010 dan laporan berkenaan dengannya juga hendaklah dihantar pada 16.11.2010.

Kenapa saya ternanti-nanti kertas soalan ini? Sebabnya semenjak selepas PKSR 2 hari tu boleh dikatakan kalau saya berjumpa dengan budak2 pemulihan saya akan kata" kamu datang sekolah ye besok, cikgu takut nanti ada soalan periksa pemulihan sampai"...mengangguklah mereka. Bukan apa mereka ini kedatangan ke sekolah dah memang macam biskut chipsmore kejap ada kejap tak ada. Kena pesan. Karang tak datang sekolah macamana nak buat ujian nanti. Hasilnya...dalam dua hari settle untuk kelas . Nasib baik budak ni datang sekolah. Dah risau dah ni.

Lagi satu sebabnya adalah, nak tahu berapa orang lulus atau melepasi wajaran ujian tersebut. Selepas ujian dijalankan Alhamdulillah kiranya sasaran atau ETR tercapai sebab 3 orang lepas manakala 3 lagi tak. Memang calon lepas tu lepas betul ..tapi risau jugak kotlah ada lagi masalah kita sebut 'kambing' diejanya 'gambing' atau 'parang' diejanya 'barang'. Nasib baik dah tak ada. Kiranya berkesan jugak teknik yang digunakan selepas USP 2 hari tu. Macamana?...setiap kali sebut perkataan menggunakan huruf k atau b atau p ini saya akan suruh mereka sebut betul-betul sambil memegang mulut mereka...nasib baik mereka ingat.


Sasaran Kerja Tahunan (SKT)

Alhamdulillah...dah siap...Borang prestasi dah dihantar. Hari ni nak hantar SKT pulak. Lambat sebabnya nak masukkan markah PKSR 2 atau aku sebagai guru pemulihan..markah Ujian Standard Pelepasan Fasa 3. Keseluruhannya, sasaran tahun ini boleh dikatakan tercapai kecuali beberapa perkara yang akan aku settlekan pada tahun depan.

A. Kurikulum-sebagai guru LINUS dan PKhas semua sasaran tercapai. Murid linus 3 orang telah lulus saringan 3 mereka. Manakala murid pemulihan, 3 daripada 7 murid pemulihan telah berjaya dipulihkan dan akan dikembalikan ke kelas perdana pada tahun hadapan.

Contoh SKT dan cara-cara mengisinya bolehlah dirujuk pada link ini. Klik sahaja http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp02/bil04/Lampiran-A3.pdf

Cari muka surat paparannya seperti ini.

Keputusan UPSR 2010

Hari ini 11.11.2010..keputusan UPSR 2010 diumumkan. Memang mendebarkan.Bagaimanakah pencapaian sekolah pada tahun ini?. Sebagai guru yang turut mengajar murid tahun 6- seorang murid pemulihan adalah tahun 6- debaran ini turut dikongsi bersama. Walau tiada harapan diberikan pada muridku tapi aku tetap berharap sekurang-kurangnya dia mendapat sesuatu...kedengarannya agak tidak munasabah kerana dia yang kukenali mempunyai ciri-ciri bermasalah pembelajaran tetapi ibu dan bapanya menolak sarananku supaya membawanya berjumpa doktor. Apa-apapun siapa tahu...mungkin ada keajaiban berlaku. Contohnya, pada tahun lepas 2 orang dari 4 murid tahun 6 yang mengikuti pemulihan berjaya mendapat C untuk BMK UPSR...sesuatu yang bagiku begitu membanggakan.
Tahun ini...tak tahu lagi...

Sabtu, November 06, 2010

Kalendar Persekolahan 2011



Masa berganti.2010 berlalu membawa bersamanya 2011. Jom sama-sama kita tengok kalendar persekolahan untuk tahun depan. Bolehlah digunakan kalau nak merancang apa-apa. Nak kenduri ke...bercuti ke..apa-apa jelah.

SISPA


Pejam celik pejam celik dah sampai hujung tahun. Sedar tak sedar hari ni sudah enam hari berada di bulan November. Penghujung tahun menjelma bersamanya Peperiksaan Akhir Tahun a.k.a PKSR 2. Semuanya sudah diduduki 2 minggu lepas dan kini masa untuk mengisi markah ...data dan tak ketinggalan sispa. SISPA atau Sistem Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Perak  online yang membolehkan guru tak kira guru kelas atau guru matapelajaran mengisi markah atau segala berkaitan murid di mana saja mereka berada.

Sebagai guru pemulihan khas, SISPA agak asing. Bukan kerana ia baru diwujudkan tetapi kerana GPK telah ada sistem pengisian data dan laporannya yang tersendiri. Justeru, peluang belajar menggunakannya adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan. Apatah lagi sekarang kita berada dalam dunia "serba perlu tahu", peluang yang datang saya ambil sebaiknya.
sispa1

SISPA boleh diakses di laman web www.moe.gov.my/sispa . Masukkan kata laluan dan pasword. Ini sebenarnya diberikan oleh guru ICT sekolah. Paling penting jangan tersalah taip nama hatta bt atau binti juga boleh menyebabkan kita gagal memasuki sistem ini. Paparan seterusnya memerlukan kita memilih jenis ujian atau peperiksaan yang kita ingin masuki. Dan akhirnya pilihlah ruang guru kelas atau matapelajaran serta isilah maklumat di situ. Simple sahaja.
sispa2
Tetapi, dalam 'simple' ini ada juga tricknya..apalagi kalau bukan masalah untuk mengaksesnya. Jika jumlah penggunanya ramai, ia boleh menyebabkan kita menunggu lama hanya untuk membuka sesuatu paparan. Apapun, kesabaran berbaloi apabila melihat semua butang bertukar "check" hijau...

Isnin, Oktober 25, 2010

Standard Guru Malaysia

LDP terakhir berlangsung sabtu lalu dengan pengisiannya berkisar berkenaan dengan SGM a.k.a Standard Guru Malaysia. Memetik penerangan ringkas tentangnya, SGM merupakan satu instrumen untuk mengenalpasti tahap kompetensi profesional guru dalam 3 aspek iaitu nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kemahiran p&p. Instrumen ini boleh dijawab secara online di http://apps.emoe.gov.my/bpg/sgm atau boleh juga secara offline setelah dimuat turun dari laman web tersebut. Bagi pengguna dengan format excel 2003 atau sebelumnya lagi terdapat beberapa konfigurasi yang perlu dilakukan bagi membolehkan ia dibuka kerana ia menggunakan format .xls.
Setiap bahagian perlu diselesaikan dan dicetak pada masa yang sama. Tidak boleh disave...Setelah selesai menjawab kita akan tahu apakah tahap kompetensi kita...
sama-samalah kita menjawabnya....(saya pun tak sempat lagi jawab)

Rabu, September 15, 2010

Selamat Kembali Bertugas...

Sepatutnya entri ni ditulis semalam (selasa, 14.9.2010),tetapi tak sempat. Bersekolah pada hari raya ke-5, dah tentu masih lagi dalam mood raya. Tambah-tambah sekolah sebelah-sebelah masih lagi bercuti...Tetapi itulah namanya BERKHIDMAT UNTUK NEGARA. Sedia mencurahkan bakti tak kira masa dan ketika. Bila sebut tentang ini, teringat kata-kata Pengarah IPIP masa saya masih bergelar pelajar di sana dulu, antara lain bunyinya cam ni
Selagi kita bergelar SYMP...maka bersedialah kita mencurahkan tenaga dan bakti tanpa mengira masa dan ketika. SYMP maknanya 'Saya Yang Menurut Perintah'. SYMP ini adalah digunakan dalam setiap urusan surat menyurat menggantikan 'Yang Benar' yang selalu digunakan dalam surat biasa. 
Tetapi, jeng...jeng..jeng ada tetapi lah pulak.. Cikgunya dah rajin tapi muridnya pula kantoi...takde sorang pun datang...beraya lah tu gamaknya...walau mereka tak sambut Aidilfitri...tapi mood raya mereka mengalahkan kawan-kawannya yang sambut...Nak buat camana...tak dapek den nak nolongnye haa...

Lantas, berkeliaranlah beberapa idea kat kepala ni. Nak kemas atau ubah susunan kelas yang dah macam kapal pecah ni...rasanye tak berape tinggi persen semangatnya...KIV. Pastu adalah beberapa lagi idea yang "diKIV jugakkan"- maap ni bahasa tengah serabut.Bukak laptop tekan sana tekan sini...tetiba apakata buat permainan untuk mengajar budak LINUS yang baru nak mengenal abjad tu...Alah untuk diaorang kenal huruf awal... Alhamdulillah lepas cari dekat internet caman nak buat PPT supaya lebih interactive makan terhasillah fail "Permainan Mengenal Abjad Awal"...Insya Allah akan saya masukkan ke blog ni nanti...