LINUS

Pengenalan

LINUS atau penuhnya Literasi dan Numerasi diwujudkan sebagai salah satu daripada langkah transformasi kerajaan khusus untuk bidang pendidikan. Pengenalan NKRA (National Key Result Area's) atau Bidang Keberhasilan Utama Nasional sebagai salah satu dari langkah transformasi yang memberi tumpuan kepada 6 bidang utama iaitu :
1.Membanteras rasuah
2.Mengurangkan jenayah
3.Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti
4.Meningkatkan infrastruktur
5.Meningkatkan taraf hidup isi rumah
6.Meningkatkan pengangkutan awam

LINUS sebenarnya tersenarai dibawah NKRA ke 3 iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti yang mempunyai 4 sub NKRA iaitu :
1.Prasekolah
2.Literasi dan Numerasi (LINUS)
3.Sekolah Berprestasi Tinggi
4.Tawaran kepada pemimpin sekolah

Secara khususnya sasaran LINUS adalah untuk memastikan bahawa setiap murid tahap satu dapat menguasai asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pembelajaran sekolah rendah menjelang 2012.Mudahnya murid tahun 1 yang sebelum ini mengikuti KIA2M dan murid tahun 2 serta 3 yang gagal menguasai 3M dan mengikuti pemulihan khas sebenarnya tergolong sebagai murid LINUS yang perlu dipulihkan kecuali mereka yang berkeperluan khas.

Literasi

Literasi atau “keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian”
3 objektif utamanya ialah adalah untuk memastikan murid mengenal abjad dan sukukata , perkataan menggunakan sukukata terbuka atau tertutup dan ayat tunggal / majmuk dengan kata hubung 'dan'.

Ianya terdiri daripada 12 konstruk yang perlu dikuasai.