Prasekolah

Pendidikan prasekolah adalah untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Ia bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.


Terdapat 6 komponen dalam  kurikulum prasekolah kebangsaan iaitu komponen bahasa dan komunikasi, komponen perkembangan kognitif, komponen kerohanian dan moral, komponen perkembangan sosio emosi komponen perkembangan fizikal dan komponen kreativiti dan estetika. 


Penilaian pencapaian murid dilakukan melalui pemerhatian dan bukannya berasaskan peperiksaan.