Yang Bulat Tak Datang Bergolek, Yang Pipih Tak Datang Melayang.
Sabtu, November 06, 2010
SISPA
Pejam celik pejam celik dah sampai hujung tahun. Sedar tak sedar hari ni sudah enam hari berada di bulan November. Penghujung tahun menjelma bersamanya Peperiksaan Akhir Tahun a.k.a PKSR 2. Semuanya sudah diduduki 2 minggu lepas dan kini masa untuk mengisi markah ...data dan tak ketinggalan sispa. SISPA atau Sistem Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Perak online yang membolehkan guru tak kira guru kelas atau guru matapelajaran mengisi markah atau segala berkaitan murid di mana saja mereka berada.
Sebagai guru pemulihan khas, SISPA agak asing. Bukan kerana ia baru diwujudkan tetapi kerana GPK telah ada sistem pengisian data dan laporannya yang tersendiri. Justeru, peluang belajar menggunakannya adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan. Apatah lagi sekarang kita berada dalam dunia "serba perlu tahu", peluang yang datang saya ambil sebaiknya.
SISPA boleh diakses di laman web www.moe.gov.my/sispa . Masukkan kata laluan dan pasword. Ini sebenarnya diberikan oleh guru ICT sekolah. Paling penting jangan tersalah taip nama hatta bt atau binti juga boleh menyebabkan kita gagal memasuki sistem ini. Paparan seterusnya memerlukan kita memilih jenis ujian atau peperiksaan yang kita ingin masuki. Dan akhirnya pilihlah ruang guru kelas atau matapelajaran serta isilah maklumat di situ. Simple sahaja.
Tetapi, dalam 'simple' ini ada juga tricknya..apalagi kalau bukan masalah untuk mengaksesnya. Jika jumlah penggunanya ramai, ia boleh menyebabkan kita menunggu lama hanya untuk membuka sesuatu paparan. Apapun, kesabaran berbaloi apabila melihat semua butang bertukar "check" hijau...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan