Program Pendidikan Pemulihan Khas
Pengenalan
Di kalangan murid-murid yang normal, masih terdapat murid yang tercicir dalam pelajaran. Ini disebabkan mereka masih belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.( 3M)
Justeru itu program pemulihan khas dirancang dengan rapi bagi membasmi masalah buta 3M ini. Ia bertujuan mengenalpasti masalah dan keperluan mereka agar kekurangan ini dapat diatasi.
Konsep
Program Pendidikan Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi kelemahan/masalah yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran khususnya menguasai kemahiran 3M.
Matlamat
Program ini disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas dalam tempoh yang bersesuaian dengan seseorang murid.
Objektif
Setelah mengikuti program ini, seseorang murid sepetutnya boleh;
a. Menguasai kemahiran asas 3M.
b. Meneruskan pembelajaran di kelas aliran perdana.
c. Yakin pada diri.
d. Bersikap positif terhadap pelajaran dan pembelajaran.
CARTA ORGANISASI KELAS PEMULIHAN KHAS
PENGERUSI
Guru Besar
NAIB PENGERUSI
(PK PENTADBIRAN)
(PK HEM)
SETIAUSAHA
(Guru Pemulihan Khas)
AHLI JAWATANKUASA
(Ketua Panitia BM)
(Ketua Panitia MT)
(Penyelaras Thn 1 )
(Penyelaras Thn 2)
(Kaunselor –B&K )
Bahan Bantu Mengajar
Bagi kelas PK ini BBM amatlah penting,bagi subjek Bahasa Malaysia bahan-bahan berikut mestilah 'ada' di kelas kita:
Bagi kelas PK ini BBM amatlah penting,bagi subjek Bahasa Malaysia bahan-bahan berikut mestilah 'ada' di kelas kita:
- kad huruf/abjad (tenggelam/ timbul)
- kad sukukata
- kad perkataan
- kad bergambar
- kad sukukata
- kad perkataan
- kad bergambar
Bagi subjek Matematik pula:
- Alat pembilang, dekak-dekak
- Carta fakta asas Tambah & Tolak
- Carta fakta asas Darab & bahagi
- Kad nombor (tenggelam/timbul)
- Kad nombor bergambar
- carta nilai tempat dll.
- Alat pembilang, dekak-dekak
- Carta fakta asas Tambah & Tolak
- Carta fakta asas Darab & bahagi
- Kad nombor (tenggelam/timbul)
- Kad nombor bergambar
- carta nilai tempat dll.
FAIL-FAIL
A) FAIL INDUK PANITIA PEMULIHAN KHAS
1. Takwim Panitia
2. Struktur Organisasi
3. Biodata dan Rumusan Maklumat Guru
4. Jadual Waktu
5. Minit Mesyuarat
a. Kurikulum
b. Panitia
c. Laporan Perjumpaan Kecil
6. Headcount Mata pelajaran
7. Program Peningkatan Akademik
a. Program teras (induk)
b. Program elektif
c. Kertas Kerja Program
d. Laporan Penilaian Program
8. Senarai Buku Teks, Buku Rujukan dan BBM
9. Kemajuan Staf (Anjuran Panitia, PPD , JPN, KPM)
a. Jadual Kursus
b. Laporan Kursus
c. Bahan edaran kursus
10. Persatuan Akademik
11. Anggaran Perbelanjaan
12. Jawatankuasa Panitia Kelompok/zon /Daerah
a. Minit Mesyuarat
b. Bahan Edaran
13. Pemantauan Sukatan Pelajaran
14. Pekeliling (Sekolah, PPD, JPN)
B) FAIL JAWATANKUASA PEMULIHAN KHAS
1. Minit Mesyuarat AJK
2. Takwim tahunan
3. Pekeliling – Pengurusan / Pentadbiran
4. Kertas Kerja / Kertas Cadangan
5. Laporan Aktiviti – kursus, bengkel dan sebagainya.
6. Lain-lain berkaitan pentadbiran.
C)FAIL BAHASA MELAYU PEMULIHAN
1. Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu
2. Takwim tahunan Panitia BM
3. Pekeliling
4. Kertas Kerja / Kertas Cadangan
5. Laporan Penyertaaan Murid Pemulihan Khas Dalam Program Peningkatan Akademik Panitia
6. Senarai Buku Rujukan
7. Senarai BBM
D) FAIL MATEMATIK PEMULIHAN
1. Minit Mesyuarat Panitia Matematik
2. Takwim tahunan Panitia Matematik
3. Pekeliling
4. Kertas Kerja / Kertas Cadangan
5. Laporan Penyertaaan Murid Pemulihan Khas Dalam Program Peningkatan Akademik Panitia
6. Senarai Buku Rujukan
7. Senarai BBM
E) FAIL DATA PEMULIHAN
1. Data berakhir
a. 31 Januari
b. 30 April
c. 31 Julai
d. 30 September