Jumaat, Ogos 27, 2010

Perubahan Jadual Waktu Linus

Merujuk kepada surat berkenaan pelaksanaan pemulihan untuk linus tegar, peruntukan waktu mengajar GPK selepas ini adalah minimum 990 minit dan tidak melebihi 1020. Justeru, setelah perbincangan dilakukan bersama beberapa rakan GPK kami sepakat memasukkan 1 jam untuk Literasi dan 1 jam lagi untuk Numerasi...namun memandangkan ada ruang masa maka saya memasukkan 1 setengah jam masa untuk literasi (LBM).

Pemulihan LINUS telah bermula

Semenjak terlaksananya program LINUS awal tahun ini, akhirnya murid-murid linus tegar secara rasminya memulakan sesi pembelajaran di kelas pemulihan khas. Murid linus tegar adalah murid yang tidak menguasai 2 dari 12 konstruk literasi . Jumlah murid linus tegar BM dan MT ni adalah 6 orang tetapi memandangkan saya sebenarnya telahpun bersama murid ini selama lebih kurang 3 minggu sebelum ini maka saya dapati 2 orang dari mereka ini telah pun menguasai konstruk1- iaitu boleh membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan. Tetapi 4 orang lagi masih lagi tidak menguasai abjad.

Konstruk Literasi
 Memandangkan murid-murid mempunyai tahap kebolehan yang berbeza, saya menggunakan pendekatan mengajar mengikut kumpulan-Kumpulan 1 ( 2 murid yang telah menguasai K1 )manakala Kumpulan 2 ( 4 murid yang belum menguasai K1).

Konstruk Numerasi
Bagi numerasi pula, boleh dikatakan semua murid telah menguasai K1 dari 12 konstruk berikut, tetapi mereka bermasalah untuk mengenal nama nombor dalam perkataan kerana K1 literasi belum lagi dikuasai.

Selasa, Ogos 17, 2010

Slot 3 : P&P Literasi

  • Instrumen literasi :
    • Membaca - ujian berterusan
    • Menulis - Ujian saringan
  • Bengkel : 
    • Rancang P&P berbentuk didik hibur ( belajar melalui kaedah nyanyian, lakonan,permainan bahasa, ICT dan bahan menarik)
  • Pembentangan Bengkel :
  1. Kumpulan 9 - Padankan Kad Perkataan - Kad Gambar. 
  2. Kumpulan 1 - Mencari Pasangan
  3. Kumpulan 8 - Lagu Diftong
  4. Kumpulan 2 - 'Tap Perkataan'
  5. Kumpulan 7 - Susun Huruf
  6. Kumpulan 3 - Permainan'Win-win'
  7. Kumpulan 6 - Saya tahu, saya kenal
  8. Kumpulan 4 - Super Dart Man
  9. Kumpulan 9 - Apa yang penting, kerjasama!

Slot 2 : Pengurusan Literasi

Pengurusan Tingkahlaku Murid LINUS

  • Kajian tingkahlaku saintifik dan analitik untuk menghasilkan perubahan tingkahlaku sosial seseorang.
  • Objektif:
    • sediakan suasana p&p selamat
    • kurangkan gangguan
    • hormati murid lain
    • p&p berkesan
    • meningkatkan masa berinteraksi berkaitan akademik
  • Prinsip :
    • Dipelajari
    • boleh diajar
    • boleh diubah
    • objektif jelas
  • Langkah :
    • Pilih tingkahlaku perlu diurus
    • buat pemerhatian dan rekod kekerapan
    • tentukan tingkahlaku sasaran
    • jalankan program tingkahlaku
    • buat penilaian berterusan
  • Teknik mengurangkan tingkahlaku
    • Peneguhan negatif
    • 'time-out'
    • kurangkan ganjaran
    • tarik balik ganjaran
    • 'kejemuan berterusan'
  • Etika tingkahlaku:
    • tidak bertujuan menghukum
    • Jangan malukan murid
    • jangan buat murid sedih
  • Peranan Ibubapa dalam tingkahlaku
    • libatkan semasa membina program
    • rujukan guru
    • perjumpaan dan perbincangan
    • pantau perlaksanaan
    • latihan kepada ibu bapa

Isnin, Ogos 16, 2010

Slot 1 : Konsep Literasi Tahap 1

Linus adalah termasuk dalam perkara 3 NKRA 1 Malaysia :

  1. Kurangkan jenayah
  2. Banteras Rasuah
  3. Meluaskan Akses kepada Pendidikan Berkualiti
  4. Meningkatkan Standard Keluarga Berpendapatan rendah
  5. Meningkatkan Infrastruktur
Pendidikan dibawah NKRA ini dibahagikan kepada :
  1. Prasekolah
  2. LINUS
  3. SBT-Sekolah Berprestasi Tinggi
  4. Guru Besar Cemerlang
  5. Vokaisional
LINUS
  • dijalankan selama 3 tahun sahaja dimana pada tahun 4 tiada lagi murid yang buta huruf
  • NKRA'S 3M - murid kuasai asas linus selepas 3 tahun pendidikan rendah pada akhir 2012
  • Literasi - Keupayaan membaca, menulis dan memahami ayat dan mengaplikasikannya dalam komunikasi
  • Strategi laksana - oleh guru BM, MT dan Guru Pemulihan Khas
  • Kecemerlangan literasi :

  1. Kepimpinan berkesan
  2. P&P berkesan
  3. Persekitaran Kondusif
  4. Hubungan guru -ibubapa baik
  5. Makanan berkhasiat
  • sebelum ini - tahun 1 (KIA2M), Tahun 2&3 (Pemulihan Khas) dan tahun 4,5,6 (Protim) tetapi kini KIA2M ditukar kepada LINUs
  • Strategi Linus :
    • Saringan Murid
    • Fokus Intervensi
    • Latihan Guru
    • Sebarkan Program LINUS ke sekolah dan Masyarakat
    • pemantauan
    • Wujudkan Fasilinus
  • dilaksanakan di semua sekolah -sk,sjk dan sabk dalam waktu BM
  • ada 12 konstruk dalam saringan LINUS
Cikgu Pemulihan Khas :
  • hanya ambil 1 jam sahaja seminggu untuk literasi samada pada masa BM atau bila GPK 'free'.
  • Tunggu surat dari kementerian
  • guna mana-mana modul untuk mengajar
  • guru tahun 1 akan mencadangkan mana-mana murid yang perlukan pemeriksaan doktor
Objektif literasi :
  • boleh kenal abjad,eja sukukata terbuka dan tertutup
  • boleh baca dan tulis sukukata terbuka dan tertutup
  • boleh baca,tulis dan faham sukukata terbuka dan tertutup menggunakan kata hubung.
Asas Literasi:
  • Tahun 1-500 perkataan mudah dan ayat tunggal
  • Tahun 2 - 800 perkataan, ayat tunggal / majmuk dengan kata hubung 'dan'.
  • Tahun 3 - 1000 perkataan mudah, ayat tungal/majmuk dengan kata hubung 'dan' dan ada 1 perenggan.
Konsep modul literasi :
  • Ansur maju
  • Penggabungjalinan
  • Pengulangan
  • Didik-hibur

    Kursus LINUS untuk Guru Pemulihan Khas Daerah Manjung

    Tarikh : 9 dan 10 Ogos 2010
    Tempat : Dewan Samudera, SK Seri Bayu, Seri Manjung , Perak
    Masa : 8 pagi - 4.30 petang

    Isnin -9/8/2010


    Slot 1
    Tajuk : Konsep Literasi Tahap 1
    Oleh : En. Mohd Halit b. Abdul Ghani
               SJKC Sungai Batu, Pantai Remis


    Slot 2
    Tajuk : Pengurusan Literasi
    Oleh : Puan Norlela Daud
               SK Methodist (ACS) Lumut


    Slot 3
    Tajuk : Pengajaran dan Pembelajaran Literasi
    Oleh : Puan Salmah Abu Bakar
               SK Methodist (ACS) Sitiawan


    Selasa - 10/8/2010
    Slot 1
    Tajuk : Numerasi
    Oleh : Puan Nurizzah Abdul Karim
               SK Seri Bayu

    Slot 2
    Tajuk : Pengajaran dan Pembelajaran Numerasi
    Oleh : Puan Nurazmila bt Ali
              SK Batu 10, Lekir

    Slot 3
    Tajuk : 'Sure Baca'
    Oleh : Encik Kamarul Bahrain b. Mohd Radzi 
               Pensyarah Pendidikan Khas, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh





    Sabtu, Ogos 07, 2010

    Alahai...murid-muridku..

    Alahai ?...satu keluhan sebenarnya. Kenapa?..sebabnya..ada kaitan dengan sikap kebanyakan murid pemulihan : PONTENG SEKOLAH..a.k.a selalu sangat tak datang sekolah terutamanya kalau sekolah pada hari sabtu...hari ni takde seorang pun muridku datang..semalam dah pesan dah :
    'besok datang ye?..
    'Ye cikgu'
    'Kata nak pandai...nak pandai kena datang sekolah..
    'Ya cikgu...'
    Tapi, hasilnya hampeh...tak nampak muka langsung...camanalah nak cakap kat dia orang.kadang-kadang rasa macam mencurah air ke daun keladi je...cakap macam tak cakap..masuk telinga kanan keluar telinga kiri..


    Sebut pasal kehadiran ni, ada macam2 versi:


    Murid A:
    Asal hari khamis je MESTI tak datang...kenapa?.Sebabnya hari khamis adalah hari keluarga tak kerja, jadi hari tulah digunakan untuk pergi kemana-mana. Bila ditanya kenapa tak boleh cuti je hari lain. Selamba je dia jawab 'Entah, cikgu tanyalah mak'..Mana kita tak mendidih..Macamlah mak dia ada sebelah boleh tanya...


    Murid B :
    Tak boleh cikgu tinggikan suara sikit, mesti tak datang sekolah. Lebih tinggi nada suara, lebih banyak harilah dia tak datang sekolah..Kesimpulannya; setiap kali mengajar dia kena cakap lembut je..walau hati di dalam macam nak meletup...


    Murid C :
    Datang kalau ibu boleh hantar. Kalau tak, tak datang...sayang...sebab dia memang senang kuasai apa yang diajar..tapi sebab selalu sangat tak hadir sekolah..semua benda dah terlupa..bila datang, ulang ajar perkara sama..tak datang..datang ..ulang lagi...lama-lama ketinggalan berbanding kawan-kawannya..padahal sebelum ni dialah yang mengajar yang lain


    Dan macam-macam versi cerita lagi...hai tak tahu macamana nak selesaikan masalah ni..mungkin kena bagi ganjaran lebih kot untuk mereka yang selalu datang ke sekolah. Tetiba teringat ...Token Ekonomi..dulu dah pernah buat kat maktab..tapi dah 2 tahun...cam ingat2 lupa lah pulak..kena bukak kitab balik lah nampaknya ni.

    Khamis, Ogos 05, 2010

    Seribu kisah...

    Murid pemulihan...selalunya mereka punya cerita di sebalik setiap sikap dan perlakuan mereka. Ada suka, ada duka dan ada juga kedengarannya tidak munasabah pada telingaku..tak ubah seperti kisah dalam drama tv..betul ke ada cerita begini?...mungkin betul..mungkin juga tidak.Antaranya ialah :

    Murid A :
    "Saya tak nak belajar sebab tahun depan saya dah nak kerja"(soalan saya: kenapa tak nak terus sekolah?).Jawabnya "Mak kata saya bodoh, jadi saya tak perlu sekolah".

    "Saya bencikan emak dan ayah saya (soalan saya : kenapa?). Mereka tak sayang saya. Bila balik sekolah, mak suruh saya buat kerja rumah. Semua kerja saya kena buat. Ayah pula selalu pukul saya. Mereka panggil saya 'gila'. Hanya nenek sayang saya.

    Kesannya :
    -murid ini terlalu lemah tahap penguasaannya.
    -tak nak buat kerja yang diberikan apabila guru memarahinya.
    -Pernah juga aku berbincang dengan guru kaunseling tentangnya, namun dia masih juga begitu.

    Murid B:
    Tidak menguasai abjad semasa kali pertama ke kelas pemulihan. Saya memberikannya sekeping carta mini abjad untuk dirujuk apabila ingin membaca perkataan. Dia cepat belajar. Jarang tidak datang ke sekolah, kecuali atas hal penting sahaja. Kini, setelah hampir 8 bulan mendidiknya, dia sudah boleh membaca petikan pendek,dan cepat menguasai apa yang diajari.

    Murid C :
    Cepat menguasai apa yang diajar di kelas. Namun, masalah keluarga menyebabkannya jarang datang ke sekolah. Akibatnya, dia kini jauh ketinggalan..semua yang diajar padanya juga sudah dilupakan. Saya ada bercakap dengan ibunya, tetapi apabila ada masalah, dia tidak dapat menghantar anaknya ke sekolah...Jadi macamana?

    Pelbagai lagi kisah lain yang pernah ku dengar dan lalui. Apapun tekadku hanya ingin membantu mereka. Aku yakin masih ada sinar buat mereka semua..