Murid pemulihan...selalunya mereka punya cerita di sebalik setiap sikap dan perlakuan mereka. Ada suka, ada duka dan ada juga kedengarannya tidak munasabah pada telingaku..tak ubah seperti kisah dalam drama tv..betul ke ada cerita begini?...mungkin betul..mungkin juga tidak.Antaranya ialah :
Murid A :
"Saya tak nak belajar sebab tahun depan saya dah nak kerja"(soalan saya: kenapa tak nak terus sekolah?).Jawabnya "Mak kata saya bodoh, jadi saya tak perlu sekolah".
"Saya bencikan emak dan ayah saya (soalan saya : kenapa?). Mereka tak sayang saya. Bila balik sekolah, mak suruh saya buat kerja rumah. Semua kerja saya kena buat. Ayah pula selalu pukul saya. Mereka panggil saya 'gila'. Hanya nenek sayang saya.
Kesannya :
-murid ini terlalu lemah tahap penguasaannya.
-tak nak buat kerja yang diberikan apabila guru memarahinya.
-Pernah juga aku berbincang dengan guru kaunseling tentangnya, namun dia masih juga begitu.
Murid B:
Tidak menguasai abjad semasa kali pertama ke kelas pemulihan. Saya memberikannya sekeping carta mini abjad untuk dirujuk apabila ingin membaca perkataan. Dia cepat belajar. Jarang tidak datang ke sekolah, kecuali atas hal penting sahaja. Kini, setelah hampir 8 bulan mendidiknya, dia sudah boleh membaca petikan pendek,dan cepat menguasai apa yang diajari.
Murid C :
Cepat menguasai apa yang diajar di kelas. Namun, masalah keluarga menyebabkannya jarang datang ke sekolah. Akibatnya, dia kini jauh ketinggalan..semua yang diajar padanya juga sudah dilupakan. Saya ada bercakap dengan ibunya, tetapi apabila ada masalah, dia tidak dapat menghantar anaknya ke sekolah...Jadi macamana?
Pelbagai lagi kisah lain yang pernah ku dengar dan lalui. Apapun tekadku hanya ingin membantu mereka. Aku yakin masih ada sinar buat mereka semua..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan