Sebagai sambungan kepada posting saya berkenaan perubahan jadual waktu selepas perlaksanaan linus untuk murid tegar, jadi jadual terbaru saya adalah seperti berikut :
|
Jadual Waktu Terbaru |
Daripada jadual ini, P&P murid linus tegar adalah 5 kali seminggu iaitu 3 kali untuk BM dan 2 kali untuk MT. Saya amat berharap dapat membantu murid ini sekurang-kurangnya menguasai konstruk 2- walaupun ini sudah bulan september dan cabarannya adalah 4 orang murid belum menguasai abjad, saya berharap semua ini dapat diatasi menjelang oktober atau november. Ada harapan rasanya walau dalam masa lebih kurang 2 bulan lebih kerana seorang murid menunjukkan peningkatan yang agak memberangsangkan - mula menguasai Konstruk 2- sukukata terbuka. Harapnya ini akan menjadi motivasi untuk rakan-rakannya yang lain.
Bagi murid tahun 2, masa MT mereka berkurangan tetapi sehingga kini mereka telahpun menguasai sehingga tajuk 'Multiplication' atau 'Darab'. Manakala BM pula mereka telahpun mempelajari sehingga konsonan bergabung tetapi masih perlukan pengulangan supaya tidak terlupa terutamanya yang melibatkan sukukata KVK.
Bagi murid-murid lain, harapan saya sama juga...dapat membantu mereka sehabis daya saya. Kesemua mereka ini mempunyai masalah dan kelemahan tersendiri...yang memerlukan satu langkah yang betul untuk menanganinya..Semuga semuanya berjalan seperti diharapkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan