Murid-murid lain yang tak lulus tu pulak, ada dua punca masalah utama iaitu:
- Terikut-ikut dengan dialek dan gaya percakapan seharian apabila mengeja perkataan atau menulis ayat.
- Contohnya, kita suruh eja "tulang"...ditulisnya "turang". Sebab dia tak boleh sebut 'l'. Hanya boleh sebut 'r'. Sudah latih tubi dengar dan sebut...sekejap je ingat pasti lupa lagi.
- Kedua, kita kata eja "tembikai'..diejanya "tempikai". Sebabnya sebutan "b" tu sama dengan "p". Kesimpulannya sama cam murid di atas.
- Lagi satu, kita cakap eja " kambing". Ditulisnya "gambing". Kenapa?...sebab cara dia sebut perkataan tu adalah "gambing"-tak jelas bunyi 'K'nya..itu yang dieja macam tu.
- Pastu, bila tulis ayat pula -terbalik macam bahasa percakapan seharian. contoh. "capati makan Kumar' atau 'motorsikal ini abang punya"...terbalik habis..
- TERLAMPAU kerap tak hadir
- ini masalah biasa untuk murid pemulihan. Walau ada yang tak pernah miss datang sekolah tetapi adalah beberapa kerat yang susah nak tengok mukanya. Dengan macam-macam alasan, tak datang sekolah, tak dapatlah nak belajar. Dah tu semua benda yang dah belajar hilang. Bila buat ujian semua dah terlupa.Macam mana nak buat ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan