Hari ini saya menerima soalan ujian ini dari ppdmanjung. Laporannya perlu dihantar selewat-lewatnya esok (3.9.2010). Pada sebelah pagi, ujian ini dijalankan untuk murid tahun 3. Manakala tahun 2 akan menjalani ujian ini pada pukul 1.05 nanti ( kena minta kebenaran gurunya ) kerana mereka tiada masa bersama saya hari ini.
Berbalik kepada murid tahun 3, seorang murid telah melepasi ujian ini. Namun, dilemanya ialah dia bermasalah untuk menulis (lambat, terbalik) dan disahkan sebagai 'disleksia ringan'. Dia tiada masalah membaca-sangat lancar. Boleh menjawab soalan pemahaman-secara lisan. Boleh juga secara bertulis tetapi dia akan mengambil masa yang lama untuk menulisnya. Kekadang saya buntu, apakah teknik terbaik yang perlu saya gunakan untuk mengajarnya- kerana dia tidak lagi perlu diajar membaca tetapi MENULIS. Amat memeningkan kepala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan