Rabu, September 15, 2010

Selamat Kembali Bertugas...

Sepatutnya entri ni ditulis semalam (selasa, 14.9.2010),tetapi tak sempat. Bersekolah pada hari raya ke-5, dah tentu masih lagi dalam mood raya. Tambah-tambah sekolah sebelah-sebelah masih lagi bercuti...Tetapi itulah namanya BERKHIDMAT UNTUK NEGARA. Sedia mencurahkan bakti tak kira masa dan ketika. Bila sebut tentang ini, teringat kata-kata Pengarah IPIP masa saya masih bergelar pelajar di sana dulu, antara lain bunyinya cam ni
Selagi kita bergelar SYMP...maka bersedialah kita mencurahkan tenaga dan bakti tanpa mengira masa dan ketika. SYMP maknanya 'Saya Yang Menurut Perintah'. SYMP ini adalah digunakan dalam setiap urusan surat menyurat menggantikan 'Yang Benar' yang selalu digunakan dalam surat biasa. 
Tetapi, jeng...jeng..jeng ada tetapi lah pulak.. Cikgunya dah rajin tapi muridnya pula kantoi...takde sorang pun datang...beraya lah tu gamaknya...walau mereka tak sambut Aidilfitri...tapi mood raya mereka mengalahkan kawan-kawannya yang sambut...Nak buat camana...tak dapek den nak nolongnye haa...

Lantas, berkeliaranlah beberapa idea kat kepala ni. Nak kemas atau ubah susunan kelas yang dah macam kapal pecah ni...rasanye tak berape tinggi persen semangatnya...KIV. Pastu adalah beberapa lagi idea yang "diKIV jugakkan"- maap ni bahasa tengah serabut.Bukak laptop tekan sana tekan sini...tetiba apakata buat permainan untuk mengajar budak LINUS yang baru nak mengenal abjad tu...Alah untuk diaorang kenal huruf awal... Alhamdulillah lepas cari dekat internet caman nak buat PPT supaya lebih interactive makan terhasillah fail "Permainan Mengenal Abjad Awal"...Insya Allah akan saya masukkan ke blog ni nanti...

Khamis, September 02, 2010

Laporan Ujian Standard Pelepasan Fasa 2 2010

Alhamdulillah...siap jugak laporan USP Fasa 2 ni walau dalam masa yang singkat. Hanya 2 daripada 9 murid PeT1 yang melepasi wajaran. Itupun seorang daripadanya murid khas (masalah menulis aka disleksia ringan). Maknanya, kalau dikembalikan ke kelas biasa dia takkan belajar sebab cikgu nak kena sentiasa duduk di sebelahnya, baru dia nak buat kerja. Bila masuk pemulihan dia buatlah, sebab murid hanya 2 orang. Bila diberi pandangan kepada emaknya, supaya membawa anaknya ke sekolah yang sepatutnya, dia kata anaknya tak teruk...boleh belajar di sekolah biasa lg..walau doktor dah sahkan.

Murid-murid lain yang tak lulus tu pulak, ada dua punca masalah utama iaitu:

  1. Terikut-ikut dengan dialek dan gaya percakapan seharian apabila mengeja perkataan atau menulis ayat. 
    • Contohnya, kita suruh eja "tulang"...ditulisnya "turang". Sebab dia tak boleh sebut 'l'. Hanya boleh sebut 'r'. Sudah latih tubi dengar dan sebut...sekejap je ingat pasti lupa lagi.
    • Kedua, kita kata eja "tembikai'..diejanya "tempikai". Sebabnya sebutan "b" tu sama dengan "p". Kesimpulannya sama cam murid di atas.
    • Lagi satu, kita cakap eja " kambing". Ditulisnya "gambing". Kenapa?...sebab cara dia sebut perkataan tu adalah "gambing"-tak jelas bunyi 'K'nya..itu yang dieja macam tu.
    • Pastu, bila tulis ayat pula -terbalik macam bahasa percakapan seharian. contoh. "capati makan Kumar' atau 'motorsikal ini abang punya"...terbalik habis..
  1. TERLAMPAU kerap tak hadir
    • ini masalah biasa untuk murid pemulihan. Walau ada yang tak pernah miss datang sekolah tetapi adalah beberapa kerat yang susah nak tengok mukanya. Dengan macam-macam alasan, tak datang sekolah, tak dapatlah nak belajar. Dah tu semua benda yang dah belajar hilang. Bila buat ujian semua dah terlupa.Macam mana nak buat ni.

Rabu, September 01, 2010

Ujian Standard Pelepasan Fasa 2 2010

Hari ini saya menerima soalan ujian ini dari ppdmanjung. Laporannya perlu dihantar selewat-lewatnya esok (3.9.2010). Pada sebelah pagi, ujian ini dijalankan untuk murid tahun 3. Manakala tahun 2 akan menjalani ujian ini pada pukul 1.05 nanti ( kena minta kebenaran gurunya ) kerana mereka tiada masa bersama saya hari ini.

Berbalik kepada murid tahun 3, seorang murid telah melepasi ujian ini. Namun, dilemanya ialah dia bermasalah untuk menulis (lambat, terbalik) dan disahkan sebagai 'disleksia ringan'. Dia tiada masalah membaca-sangat lancar. Boleh menjawab soalan pemahaman-secara lisan. Boleh juga secara bertulis tetapi dia akan mengambil masa yang lama untuk menulisnya. Kekadang saya buntu, apakah teknik terbaik yang perlu saya gunakan untuk mengajarnya- kerana dia tidak lagi perlu diajar membaca tetapi MENULIS. Amat memeningkan kepala.

Jadual Waktu Baru

Sebagai sambungan kepada posting saya berkenaan perubahan jadual waktu selepas perlaksanaan linus untuk murid tegar, jadi jadual terbaru saya adalah seperti berikut :
Jadual Waktu Terbaru
Daripada jadual ini, P&P murid linus tegar adalah 5 kali seminggu iaitu 3 kali untuk BM dan 2 kali untuk MT. Saya amat berharap dapat membantu murid ini sekurang-kurangnya menguasai konstruk 2- walaupun ini sudah bulan september dan cabarannya adalah 4 orang murid belum menguasai abjad, saya berharap semua ini dapat diatasi menjelang oktober atau november. Ada harapan rasanya walau dalam masa lebih kurang 2 bulan lebih kerana seorang murid menunjukkan peningkatan yang agak memberangsangkan - mula menguasai Konstruk 2- sukukata terbuka. Harapnya ini akan menjadi motivasi untuk rakan-rakannya yang lain.

Bagi murid tahun 2, masa MT mereka berkurangan tetapi sehingga kini mereka telahpun menguasai sehingga tajuk 'Multiplication' atau 'Darab'. Manakala BM pula mereka telahpun mempelajari sehingga konsonan bergabung tetapi masih perlukan pengulangan supaya tidak terlupa terutamanya yang melibatkan sukukata KVK.

Bagi murid-murid lain, harapan saya sama juga...dapat membantu mereka sehabis daya saya. Kesemua mereka ini mempunyai masalah dan kelemahan tersendiri...yang memerlukan satu langkah yang betul untuk menanganinya..Semuga semuanya berjalan seperti diharapkan.